top of page

Feature on Money Compass

Celik Wang

12 Aug 2020

Perkenal Sewaan Barangan IT Bagi Bantu Peniaga

KUALA LUMPUR – SMARTRENTAL, sebuah perusahaan inovatif dengan lebih penglibatan selama 20 tahun dalam bidang baik pulih, sewa dan menjual peralatan IT telah memperkenalkan penyelesaian yang mampu membantu pemilik perniagaan mendapatkan komputer peribadi tanpa berbelanja besar.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Joshua Chin berkata kesan ekonomi telah menyukarkan perniagaan kecil dan pemula niaga untuk melabur dalam peralatan tersebut.

Ini disebabkan pandemik  COVID-19 telah menyebabkan kelumpuhan terhadap sebahagian daripada ekonomi Malaysia malahan ada syarikat besar yang melaporkan impak kewangan yang buruk.

“Walaupun komputer peribadi dan komputer riba adalah pelaburan yang sangat baik bagi memacu kecekapan di tempat kerja, banyak pemula niaga dan pemilik perniagaan terpaksa bergelut untuk kelengkapan itu memandangkan ia menelan kos yang amat besar daripada modal mereka,” katanya.

Memandangkan banyak perniagaan masih baharu atau belum beroperasi cukup lama untuk membina rekod prestasi kewangan, sukar bagi mereka untuk mendapatkan peralatan IT secara pajakan.


Sorce : https://moneycompass.com.my/bm/2020/08/12/perkenal-sewaan-barangan-it-bagi-bantu-peniaga/

bottom of page